KUALA LUMPUR – Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dijemput menjadi pemerhati bebas pada pilihan raya Presiden Venezuela yang akan berlangsung pada 28 Julai nanti.
Kehadiran Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu ditemani Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil atas jemputan Presiden Venezuela, Luiz Inacio Lula da Silva.
“Alhamdulillah, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu telah selamat tiba di Venezuela atas jemputan Presiden Venezuela untuk menjadi pemerhati bebas kepada Pilihanraya Presiden Venezuela yang akan berlangsung pada 28 Julai nanti.
“Kunjungan Presiden ke Venezuela ditemani oleh Faiz Fadzil, Setiausaha Agung Amanah,” katanya.
Lebih kurang 21.2 juta rakyat Venezuela layak mengundi dalam pilihanraya Presiden pada tahun ini.
Selain itu, pengundi juga akan menentukan 277 wakil Majlis Nasional Venezuela.
Menurut Mohamad, selain terkenal sebagai pengeluar kopi dan koko berkualiti tinggi, Venezuela juga terkenal sebagai pengeksport produk makanan laut yang bernilai tinggi.
“Nilai eksport produk makanan laut telah meningkat dengan ketara sejak tahun 2016 dan industri udang akuakultur telah mencatatkan peningkatan sebanyak 157 peratus dalam tempoh 2016 – 2021,” katanya.