KLANG: Seramai 2000 perserta hadir bagi memeriahkan Program Hari Tanpa Kenderaan Daerah Klang anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) yang berlangsung Ahad lepas.
Menurut Exco Kesihatan Awam & Alam Sekitar Negeri Selangor, YB Jamaliah Jamaluddin, program sebegini merupakan satu usaha yang murni kerana ianya secara langsung dapat memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa menjaga kesihatan.
“Syabas dan tahniah juga atas kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh Datuk Bandar MBDK serta Sri Kota Specialist Medical Centre (SKSMC) dalam penganjuran bersama ini bagi membudayakan warga klang ke arah kehidupan yang sihat dan sejahtera.
“Syabas dan tahniah juga atas kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh Datuk Bandar MBDK serta Sri Kota Specialist Medical Centre (SKSMC) dalam penganjuran bersama ini bagi membudayakan warga klang ke arah kehidupan yang sihat dan sejahtera.
“Saya juga berasa amat bangga dan bertuah kerana dapat bersama-sama dengan warga Klang dalam suasana majlis yang meriah dan gembira melihat kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh MBDK dalam menjayakan Hari Klang Tanpa Kenderaan ini,” katanya ketika merasmikan Program Hari Klang Tanpa Kenderaan bagi bulan Julai 2024 dan turut bersama warga Klang berjalan kaki dalam acara utama ‘Walk Hari Klang Tanpa Kenderaan’.
Hadir sama, Timbalan Datuk Bandar; Tuan Mohd Zary Affendi Mohd Arif, Ahli-ahli Majlis, ketua-ketua jabatan, kakitangan serta warga Klang. Turut bersama menjayakan program kali ini, Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang, IJM Corporation Berhad, Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz , Sekolah Kebangsaan Klang, Mahkamah Klang, Pejabat Kesihatan Daerah Klang, 99 Speedmart, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan JMB/Strata Pesuruhjaya Bangunan MBDK.
Katanya lagi, program tanggungjawab sosial korporat (CSR ) ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan komuniti.
Pelabagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung seperti Walk Hari Klang Tanpa Kenderaan, Senamrobik, Pameran Agensi Terlibat, Litter Picking, Permainan Sukan Tradisi, Sandwich Contest Challenge, Sihat Fest SKSMC 2024, Pemeriksaan Kesihatan, Pemeriksaan mata, Sand Arts, Pertunjukan Badut, Inflatable Playround, Cabutan Bertuah fdan Gerai Jualan & Food Truck.
Aktiviti berjalan 10,000 langkah juga diadakan dikawasan Jejak Warisan Bandaraya Diraja bersama peserta dan pengunjung yang hadir. -SUARA.TV