PRN: Baby Shima umum bertanding

- Advertisement -

SHAH ALAM – Penyanyi dangdut, Nor Ashima Ramli atau dikenali dengan panggilan Baby Shima mengumumkan dirinya akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Melalui perkongsian Instagramnnya, beliau masih tidak memaklumkan parti mana yang akan diwakili nanti.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia, dengan ini saya ingin mengumumkan yang saya akan bertanding PRN ini untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat, kamu (pengundi) bawa perubahan (kepada negara). Fikir-fikirkan lah anak muda,” katanya menerusi hantaran video di Instagram pada Isnin.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN)  pada Sabtu, 12 Ogos 2023.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh minggu lepas mengumumkan tarikh-tarikh penting PRN iaitu tarikh penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai 2023.

“Hari undi awal pula pada 8 Ogos 2023,” katanya ketika sidang media pada Rabu.

PRN ini membabitkan enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat