Zizie Hamil Anak Kembar Selepas 8 Tahun

Selepas lapan tahun berkahwin, pelakon, Datin Seri Zizie Izette mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kembar.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya, @zizieizette dan aktres ini memaklumkan kehamilannya sudah memasuki trimester kedua.

“I want to announce my latest productions. They will debut in Dec / Jan. We’re having twins!!!

“Please pray for a smooth and safe pregnancy and healthy babies. We wanted to keep it a secret until we are safely into the second trimester…

“Unfortunately, we were denied the privilege to announce this big and special news to you personally and at our own time as some of you may have read in the papers today…

“Well, it is done. I will continue this journey with a lot of gratitude & positivity. #secondtrimester#twinpregnancy #blessed #grateful,” tulis Zizie.

Rata-rata peminat menghujani ruangan komen entri tersebut dengan ucapan tahniah dan berharap agar urusan kehamilan Zizie dipermudahkan.

Zizie atau nama sebenarnya, Zizie Izette Abdul Samad, 39, berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, 58, pada tahun 2009.

Zizie dan Bung turut mempunyai seorang anak angkat yang bernama Naila Nur Jenna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.