Yusry Tak Sampai Hati Pergi Kerja Bila Anak Menangis

Pelakon dan komposer, Yusry Abdul Halim akui berat hati untuk keluar bekerja setiap kali mendengar tangisan anak sulungnya, Yahaira Leanne.

Menurutnya, itu merupakan antara pengalaman yang dilalui olehnya selepas bergelar bapa.

“Bila ada anak secara automatik perasaan kita pun dah jadi lain, bayangkan jika ditempat kerja sekejap pun dah mula rindu.

“Antara ragam yang paling susah saya hadapi bila Yahaira menangis tidak bagi saya keluar bekerja. Dengar tangisan dia memang buat saya rasa berat hati sikitlah.

“Bila dah jadi begitu, saya kena keraskan hati dan pujuk dia dan kata saya keluar bekerja dan akan pulang sekejap lagi.

“Tapi bukan selalu Yahaira begitu, ada hari-harinya sahaja. Bila difikirkan kembali, itu baru Yahaira, nanti bila Yusof dah besar dan pandai meragam, alamatnya tak keluar rumahlah saya,” katanya, seperti memetik AstroGempak.

Lisa dan Yusry akan bersiaran pada program eBu Babypedia musim kedua setiap Sabtu bermula 26 Julai ini, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.