Wanita Pecahkan Kereta Baru Suami Kerana Curang

Seorang wanita yang marah kerana suaminya curang, telah mengayunkan kayu ke arah cermin kereta baru suaminya, Range Rover.

Meskipun ketika terdapat dua anak mereka sedang duduk di kerusi belakang, namun dia tidak peduli.

Tindakan ibu mereka itu menyebabkan anak-anak tersebut menangis dan ketakutan. Bukan hanya cermin, lampu depan kenderaan berkenaan turut dipecahkan.

Sebaik sahaja dia berpuas hati, wanita itu mengangkat anaknya lalu memasukkan ke dalam kenderaan lain dan beredar dari situ.

Tidak diketahui di mana lokasi kejadian namun ia mendapat perhatian ramai.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.