Video: Jamal Beri Amaran Pada Kedutaan Indonesia

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini memberi amaran kepada Kedutaan Besar Indonesia agar membebaskan dua buah bot nelayan dari Sekinchan yang ditahan oleh pihak Indonesia.

“Hari ini kami membawa tali bot sebagai simbolik kepada yang ditangkap.

“Dan hari ini kami memberi amaran kepada Kedutaan Indonesia, jika mereka tidak dapat membantu perkara ini, kami akan ikat tali ini ke pagar untuk kami masuk ramai-ramai ke dalam,”katanya ketika ditemui media di hadapan Kedutaan Besar indonesia, tadi.

Menurut beliau, ketika penguatkuasa Indonesia cuba menahan nelayan-nelayan Sekinchan itu, bot mereka ditembak  dan memberi kesan kepada bot-bot tersebut.

“Walaupun mereka sempat melarikan diri, tapi bot mereka telah ditembak, saya tak tahu dengan senjata apa mereka ditembak hasil kesan dari tembakan itu dapat kita lihat lubang-lubang di dinding-dinding tersebut.

“Apa yang dilakukan oleh penguatkuasaan Indonesia ini adalah suatu perkara yang diluar daripada batasan,”ujarnya.

Beliau turut meluahkan ketidakpuashatian terhadap Indonesia yang disifatkan sebagai bertindak di luar batasan kerana ia bukanlah kali pertama berlaku.

“Kami bersetuju nelayan dari Sekinchan ini melakukan kesalahan menangkap ikan di perairan mereka di indonesia, ambillah tindakan, tetapi melalui data yang telah kami dapat, kedudukan terakhir bot nelayan itu berada di dalam negara kita dan ditunda oleh penguatkuasa Indonesia dan akhirnya mengatakan bot nelayan dari Sekinchan ini menangkap ikan di perairan Indonesia.

“Ini bukanlah kali pertama berlaku tapi dah banyak kali berlaku,” katanya.

Justeru pihaknya menuntut agar kerajaan Indonesia membebaskan bot-bot tersebut tanpa sebarang syarat.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.