TMJ ‘Minum Kopi’ Bersama Dollah Salleh

KUALA LUMPUR – Gambar pertemuan antara Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang disiarkan dalam laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers, malam tadi jelas mencuri tumpuan.

“Tunku Mahkota Johor ‘minum kopi’ bersama Dollah Salleh,” menurut kapsyen pada gambar yang dimuatnaik.

Menariknya, pertemuan antara kedua-duanya itu kurang 48 jam selepas Dollah dihukum gantung 18 bulan dan denda RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik pengadil selepas pertemuan Pahang dan FELDA United, 1 Julai lalu.

Bagaimanapun, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mempertahankan keputusan Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu dengan menegaskan Dollah boleh membuat rayuan mengurangkan hukuman yang dikenakan terhadapnya. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.