Siti Kasim Dakwa Terima Ugutan Rogol dan Bunuh

KUALA LUMPUR – Peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali Siti Kasim, 54, mendakwa beliau diugut bunuh seperti dipenggal kepala, dirogol dan disimbah asid.

Susulan daripada itu, Siti Kasim telah membuat laporan polis di balai polis Sentul, Kuala Lumpur semalam.

Katanya, ancaman tersebut merupakan satu ancaman yang paling serius yang pernah beliau terima setakat ini yang mendorong beliau untuk membuat laporan polis kerana takut akan keselamatannya.

Bercerita mengenai perkara tersebut lebih lanjut, menurut Siti Kasim, ancaman pertama bermula pada 3 Julai, satu portal dalam talian telah memuat naik kenyataan yang salah berkenaan pendirian beliau terhadap komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Selepas itu, pada 19 Julai, lelaki yang sama menulis satu kenyataan serta melampirkan satu artikel pada portal dalam talian yang sama menyatakan bahawa Siti Kasim dikatakan berkata, “tidak mengikut Islam Arab, tetapi mengikuti Islam yang sebenar”.

Seiring dengan artikel tersebut, lelaki itu turut menulis, “The dog is barking at the hill but it will not be long before the hill collapsed on the dog”.

Kenyataan yang dibuat oleh lelaki berkenaan mendapat perhatian daripada pengikut lelaki itu.

Siti Kasim menjelaskan antara maklumbalas yang ditulis pada kenyataan lelaki berkenaan seperti memenggal kepada, merogol dan menyimbah acid pada wajah.

“Ada juga diantara netizen yang ingin mengambil bahagian, dan mereka meneruskan dengan membuat pertukaran nombor telefon.

“Sementara itu, mereka yang lain berkata, perkara itu tidak sepatutnya diceritakan didalam laman web tersebut, ini kerana sesiapa sahaja boleh membacanya.

“Jelas sekali orang-orang ini merancang sesuatu, jika pihak polis tidak melakukan sesuatu maka darah saya akan berada di tangan polis,” katanya seperti dipetik New Straits Times (NST).

Beliau berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap ancaman yang dibuat kepadanya serta keluarga.

Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan laman web yang mengandungi kenyataan itu kerana tidak mahu menjejaskan siasatan pihak polis. – MalaysiaTimes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.