Selepas MRT, Rafizi Cuba Tumpang Populariti Felda Pula

Selepas Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK), Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli telah menyatakan beliau akan membuat pendedahan terbaru mengenai MRT dan Prasarana yang kononnya mempunyai kaitan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun selepas beberapa hari, tak nampak pula `pendedahan itu’.

Kemudian, semalam, selepas Perdana Menteri mengumumkan enam insentif kepada peneroka Felda, Rafizi sekali lagi cuba mengambil menumpang populariti dengan mengalih kepada isu Felda pula.

Nampak sangat Razifi cuba mengambil kesempatan dan cuba mencari isu-isu yang boleh mempopularkannya.

Apa sahaja kejayaan yang dilaksanakan Najib, maka di situlah Rafizi akan muncul.

Sebelum ini Rafizi menumpang poplariti Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kemudian beralih kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Disebabkan terlalu ingin menghentam kerajaan, beliau yang juga Naib Presiden PKR telah mengaitkan Florence Goh dengan pelobi Presiden Amerika.

Malangnya, Rafizi telah tersalah tuduh hingga terpaksa meminta maaf kepada Florence yang juga pemilik syarikat CRT Insight Technologie Sdn Bhd.

Tetapi kes paling tidak akan dilupakan ialah mengenai isu `cincin’ sebelum pi­lihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Bila diheret ke mahkamah barulah Rafizi menyatakan isu berkenaan hanyalah layak jenaka. Senang je untuk melepaskan diri.

Disebabkan keadaan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meminta Rafizi bertaubat kerana memfitnah PAS terima dana 1MDB.

Jadi berdasarkan kepada apa yang berlaku, jika Rafizi membangkitkan sesuatu isu, janganlah percaya kerana beliau bukan sahaja mahu meraih populariti malah ingin dilihat sebagai menjuarai isu tersebut.

Jangan percaya apa yang beliau katakan, ia hanya tuduhan semata-mata tanpa bukti pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.