Padah Tawar Seks Pada Anggota Polis, Wanita Uganda Dihukum Penjara

KUALA LUMPUR – Akibat pelawaan “Hello sir you want sex, only RM180” kepada seorang anggota polis, seorang wanita warga Uganda dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Isnin.

Wanita itu mengaku bersalah membuat tawaran itu kepada Koperal Rohaizad Yahya dalam ungkapan Inggeris yang bererti “Hello tuan, anda kepingin seks, hanya RM180” di kaki lima, di hadapan sebuah hotel, Jalan Changkat, Bukit Bintang, di sini, pada 5.55 pagi, 9 Jun lepas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som memerintahkan Husinah Namakula, 25, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada tarikh yang sama.

Dia yang memakai baju gaun ketat warna jingga paras peha didakwa mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung ibunya yang sakit di Uganda. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.