Mangsa Kelima Penyakit Anjing Gila Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Mangsa kelima wabak rabies meninggal dunia semalam.

Lelaki berusia 52 tahun itu dari Kampung Remun, Serian meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak.

Mangsa wabak itu telah digigit anjing pada awal Mei lalu.

Pada 11 Julai 2017, beliau telah mengalami lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang serta kebingungan, dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (SGH).

Sehingga 18 Julai 2017 terdapat empat kes rabies di Sarawak telah meninggal dunia. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.