Malaysia Airlines Mulakan Penerbangan Jemaah Haji Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines memulakan operasi penerbangan haji hari ini (Isnin) dengan penerbangan terus pertama ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA).

Penerbangan MH8000 berlepas pada pukul 6.30 pagi dan dijadual tiba di Madinah pada pukul 10 pagi waktu tempatan, menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Malaysia Airlines akan mengendalikan 76 penerbangan terus ke Jeddah dan Madinah, berlepas dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Alor Setar, Kuala Terengganu dan Pulau Pinang,  bagi musim ini.

“Penerbangan berkenaan akan menggunakan pesawat A380-800 dan A330-300, masing-masing berkapasiti 483 dan 287 tempat duduk.

“Bagi kemudahan penumpang, Malaysia Airlines juga akan menyediakan penerbangan perantara domestik bagi menghubungkan penumpang dari Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Alor Setar, Kota Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching kepada KLIA,” katanya.

Penerbangan akhir haji akan berlepas dari KLIA pada 26 Ogos.

Menurut Malaysia Airlines, fasa kedua operasi dari Arab Saudi ke Malaysia, akan bermula pada 7 September dan berakhir pada 4 Okt. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.