Main Manjung Dalam Sungai

Dujiangyan – Peminat mahjung di beberapa bandar di China menemui cara unik untuk menangani gelombang panas yang melanda sebahagian besar negara itu.

Menurut media tempatan, di bandar Dujiangyan yang terletak di wilayah Sichuan, peminat dan penagih mahjung menghabiskan masa mereka di sungai untuk bermain permainan itu ketika suhu di bandar berkenaan meningkat hampir 40 darjah Celsius, seperti memetik Metro.

Dalam pada itu, beberapa pemain secara berjenaka berkata, satu-satunya masalah yang mereka hadapi dengan bermain mahjung di sungai ialah kehilangan kasut apabila ia dihanyutkan.

“Bagaimanapun, secara keseluruhan, ia sungguh menyeronokkan. Saya boleh bermain mahjung dengan merasakan kedinginan dan kesegaran,” kata seorang pemain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.