Lelaki Usia 50 Tahun Pula Jadi Tular

Selepas beberapa wanita yang kelihatan muda walaupun sudah bergelar nenek jadi tular, kini beralih kepada seorang lelaki berusia 50 tahun pula yang kelihatan muda.

Menurut Mothership SG, Chuando Tan yang berasal dari Singapura menjadi tular kerana kelihatan masih kacak dan sado biar pun memasuki usia jubli emas.

Memulakan kerjayanya sebagai seorang model di usia remaja, Chuando memang terkenal dengan sikapnya yang mementingkan senaman untuk mengekalkan kecergasan.

Chuando merupakan salah seorang jurugambar terkenal di Singapura dan membuka perniagaan fotografi bersama rakannya dengan nama ChuanDo&Frey.

Mereka pernah bekerjasama dengan majalah fesyen terkemuka seperti Jalouse, Muse, L’Officiel, Harper’s Bazaar, Elle serta pernah bekerja dengan jenama popular seperti L’Oréal, ION Orchard Singapore, Levi’s dan Motorola.

Duo ChuanDo&Frey juga pernah merakamkan foto serta menghasilkan kulit album untuk album ke-10 Janet Jackson, Discipline pada tahun 2008.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.