Lelaki Separuh Umur Cari Kerja Guna Papan Tanda

Seorang lelaki separuh umur dilihat berdiri di tengah panas sambil memegang papan tanda.

Menerusi satu perkongsian, di laman sosial Facebook wartawan, Syafiqah Damanhuri, dia sempat menemubual lelaki itu di lampu isyarat.

“lelaki itu tengah panas terik matahari saya nampak pakcik ni berdiri berhampiran traffic light (sabar menunggu) di persimpangan Seksyen 7, Shah Alam.

“Bayangkan tengah hari buta tu, orang tua ni berdiri pegang cardboard! Dengan muka hanya Allah yang tahu. Sebagai wartawan, saya tak boleh ‘ignore’ perasaan ingin tahu tu. Lalu saya berhentikan kereta.. tanya dia.

“Rupanya dia tengah mencari kerja. Katanya dia kerja kilang, tapi pengurusan bakal kecilkan operasi,”tulisnya.

Menurut syafiqah, lelaki itu turut mendakwa, ramai yang akan dibuang kerja.

“Dia ada anak, masih perlukan seorang ayah untuk menanggung. Kesian,”tulis statusnya.

Dalam pada itu, Syafiqah memohon rakan dan pelayar turut sebarkan perkara ini untuk membantu lelaki yang dalam kesusahan.

“Kawan-kawan MOHON SEBARKAN buat rezeki pakcik ini. Allahu.. besarnya pengorbanan seorang ayah, dan susahnya nak mencari sesuap nasi untuk keluarga. Pakcik Romdon, menetap di Seksyen 27 Shah Alam,”akhiri status itu.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.