Lara Alana Potong 4 Biji Kek Di Majlis Hari Jadi

Sambutan majlis hari jadi anak pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya, Lara Alana malam kelmarin cukup meriah.

Lara menyambut ulang tahun ke-3 pada 22 Julai lalu dilihat telah memotong 4 biji kek serta 4 tingkat pulut kuning di majlis tersebut.

Empat biji kek itu terdiri daripada pelbagai bentuk dan tema yang berlainan seperti tema kartun PJ Mask, Little Ponny, bentuk set bucket KFC serta tema bunga-bungaan.

Lara kelihatan sangat gembira dan ceria bersama Awal dan Scha ketika sesi memotong kek dan pulut kuning.

Majlis diserikan dengan rakan artis yang turut hadir ke majlis tersebut seperti Neelofa, Liyana Jasmay, Nabila Huda dan Betty Rahmat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.