KFC Kini Jual Baju

Restoran KFC kini melancarkan satu koleksi barangan fesyen secara eksklusif.

Bagi peminat KFC boleh layari laman web untuk mendapatkan barangan fesyen mereka.

Difahamkan, sejak mula dilancarkan banyak item yang sudah habis terjual.

Rantai Finger Linkin Good dijual pada harga USD12. Rantai yang digunakan teknik laser-cut amat sesuai buat mereka yang cukup suka akan ayam KFC. Ia nampak kasual serta mampu melengkapkan gaya muda.

Stokin Fried Chicken dijual pada harga USD8. Kerana pastinya mahu semua orang nampak stokin bercorak ayam yang The Youth-Phoria sarungkan. Stokin dengan corak paha ayam goreng diperbuat daripada material campuran kapas, nylon dan spandex.

Manakala Pin Kentucky Fried dijual pada harga USD18. Enam pin menarik oleh KFC memberi rasa nostalgia.

Sementara itu, baju panas Fried Chicken USA dijual dengan harga USD76 manakala, baju-T Colonel Suits pada harga USD18.

Akhir sekali, Meteorite Zinger dijual pada harga USD20000. Burger Zinger yang ikonik di KFC dijadikan inspirasi untuk membuat item ini. Tapi sayangnya ia sudah habis dijual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.