Kapal Induk Baharu AS Akan Buatkan Musuh Gentar Kata Trump

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mentauliahkan sebuah kapal pengangkut kapal terbang baharu yang dianggap oleh Presiden Donald Trump sebagai ‘mesej 100,000 tan kepada dunia’.

dpa melaporkan, dalam acara pentauliahan penuh tradisi itu, Trump berkata, kapal induk USS Gerald R. Ford yang dinamakan sempena Presiden AS pada 1974 hingga 1977 berkenaan akan menjadi aset berharga dalam armada AS.

“Walau di mana pun kapal ini belayar, sekutu kita boleh bertenang dan musuh kita akan menggigil ketakutan kerana semua orang akan tahu bahawa AS akan datang dan AS datang dengan gagah,” kata Trump, memetik Kosmo.

Trump memberitahu para kelasi bahawa mereka akan memulakan “pengembaraan yang benar-benar hebat” bersama kapal berkenaan.

“Kepada setiap patriot yang akan berkhidmat di atas kapal ini, saya katakan ini: Sentiasa berjaga-jaga, lindungi dia (USS Gerald R.Ford) dan pertahankan dia. Selamat berjaya,” katanya.

Akhbar Navy Times melaporkan, kapal pertama dalam kelas baharu untuk kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear itu dibina dengan kos AS$12.9 bilion (RM55.3 bilion).

Majlis pentauliahan itu diadakan di pangkalan tentera laut AS di Norfolk, Virginia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.