Jihan Muse Masuk Hospital, Jalani Pembedahan

Pelawak wanita, Jihan Muse telah di masukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan.

Menerusi Facebook penolong penerbit program MeleTOP, Muhamad Nor Hisyamuddin Sahak telah menulis status, “Penangan trending #1 terus masuk hospital operate appendix kesiannya Akak Nuur Jihan Muse….. semoga cepat sembuh ye…..,” tulisnya.

Perkongsian ini juga disertakan dengan sekeping gambar Jihan yang sedang duduk di atas wheelchair memakai pakaian hospital.

Rata-rata pengikut pemilik Facebook berdoa agar Jihan selamat menjalani pembedahan dan mengharapkan kesembuhan seperti sedia kala bagi pelawak itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.