Jepun, Korea Layak Ke Separuh Akhir PABM Piala Perdana Menteri 2017

KUALA LUMPUR – Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2017 (PABM 2017) semalam telah membuka tirainya dan telah menampilkan peserta-peserta yang hebat dari dalam mahupun luar negara.

Beberapa pemenang dan finalis PABM pada edisi-edisi yang lalu tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan pertandingan yang dianjurkan buat kali ke-11 pada tahun ini.

Kali ini seramai 10 peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 bagi kategori Antarabangsa dan Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) terpilih ke pusingan separuh akhir yang diadakan esok, Selasa.

Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia ialah Slamy Res daripada Kemboja (UKM); Abdul Rahman Khaled Hassan Saeed, Yaman (UTP); Mohamed Hadad,UK (UniMAP); dan dua pelajar daripada UIAM iaitu Hassan Radwan (Palestin) dan Abdul Matin Mohammad Azeem (Afghanistan).

Bagi kategori antarabangsa pula, peserta yang layak mara ke peringkat seterusnya ialah Nabiya Zarbali (Azerbaijan), Lisa Shimazaki (Jepun), Seok Da-Hye (Korea Selatan), Ma Xiao (China) dan Rimajon Sotlikova (Uzbekistan).

Penyelaras Teknikal dan Penghakiman PABM 2017, Dr Mazleena Mohamad Hussain berkata, kemahiran peserta yang menguasai bahasa Melayu sangat mantap sehinggakan menyukarkan para juri untuk menentukan peserta yang layak ke suku akhir.

Katanya, pada edisi kali ini, ke­semua peserta yang dipilih berjaya menarik perhatian tiga juri yang terdiri daripada wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan mereka yang berpengalaman dalam pertandi­ngan pidato peringkat universiti, seperti memetik Utusan.

PABM 2017 memasuki edisi ke-11 penganjuran pada tahun ini dimana kemuncaknya pada 26 Julai ini dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seramai 52 peserta mengambil bahagian dalam PABM 2017 yang memasuki edisi ke-11 dengan tiga kategori dipertandingkan iaitu, Antarabangsa, Pelajar Antarabangsa di Malaysia dan Alam Melayu.

PABM 2017 bermula Ahad lalu dengan persaingan pusingan awal, saingan suku akhir pada Isnin dan diikuti separuh akhir pada Selasa manakala malam kemuncak iaitu pertandingan akhir pada Rabu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sementara itu, lima peserta kategori Alam Melayu dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Thailand dan Singapura berjaya ke peringkat separuh akhir.

Lima peserta kategori Alam Melayu dari empat buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Brunei dan Si­ngapura secara automatik layak ke peringkat separuh akhir, Selasa ini.

PABM 2017 merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama DBP, Majlis Debat Universiti Malaysia (Madum) dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (Makum).

Pertandingan tahun ini bertemakan Pengantarabangsaan Ba­hasa Melayu telah menetapkan 12 tema tajuk antaranya Yang Tua Dikasihi, Yang Muda Disayangi dan Kesaksamaan Gender.

Sementara itu, bagi Emilia Lisa Sterjova yang mewakili Australia turut tersenarai antara 10 peserta yang layak ke peringkat akhir bagi kategori Antarabangsa memberitahu beliau sama sekali tidak menyangka akan mara ke pusi­ngan seterusnya.

PABM 2017 merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama DBP, Majlis Debat Universiti Malaysia (Madum) dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (Makum).

Terdahulu, juara pertama PABM pada tahun 2007, Olga Vasilevskaya, 28, mampu memahami dan bertutur dengan lebih baik dalam bahasa Melayu setelah melibatkan diri dalam pertandingan tersebut.

Katanya, ketika mempelajari bahasa Melayu di Moscow, Rusia, beliau hanya dapat mempelajarinya menerusi buku, namun berbeza keadaannya apabila berada di Malaysia.

Beliau mendapati terdapat seni dari segi bahasa, jiwa dan perkara yang dipersembahkan ketika bertutur dalam bahasa Melayu.

Difahamkan, beliau satu-satunya pemenang yang telah mendirikan rumah tangga dengan warga tempatan, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman yang juga merupakan urusetia kerja PABM pada tahun 2007.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.