Hamil Anak Kembar

PELAKON, Zizie Ezette berkongsi khabar gembira apabila kini hamil anak kembar selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Perkara terbabit diumumkan Zizie, 39, menerusi laman Instagramnya hari ini.

Zizie berkata, kandungannya kini sudah memasuki empat bulan dan dijangka melahirkan bayi sulungnya pada hujung tahun ini.

“Saya ingin mengumumkan bakal melahirkan anak sulung pada Disember ini atau Januari depan. Alhamdulillah sekian lama menunggu saya dikurniakan dua cahaya mata sekali gus.

“Doakan semoga kandungan ini selamat dan bayi berada dalam keadaan sihat. Sebenarnya kami ingin merahsiakannya sehingga memasuki trimester kedua namun saya tidak dapat mengelak pasti sudah ramai dapat menghidu berita ini,” tulisnya di laman Instagram miliknya.

Zizie mendirikan rumah tangga bersama Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 58, pada 2009.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.