Foto Rasmi Tunku Aminah Dan Dennis Muhammad Didedahkan

Pejabat DiRaja Johor telah mendedahkan gambar rasmi puteri kerajaan Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama tunangnya, Dennis Muhammad Abdullah yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 14 Ogos ini.

Gambar-gambar itu telah dirakamkan sekitar minggu lalu di Istana Bukit Serene, Johor Bahru menampilkan pasangan itu mengenakan persalinan baju tradisional Melayu dan kasual, lapor NST.

Pernikahan Tunku Aminah dan Dennis telah diumumkan pada 15 Julai lalu dan sejurus dikhabarkan, netizen mula memburu identiti Dennis yang didakwa sebelum ini pernah menjadi model di negaranya, Belanda.

Upacara perkahwinan pasangan ini bakal diadakan secara tertutup pada pagi 14 Ogos di Istana Bukit Serene manakala majlis persandingan akan berlangsung pada pukul 8 malam di Istana Besar hari sama.

Tunku Aminah dilahirkan pada 8 April 1986 dan merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik.

Tunku Aminah anak perempuan tunggal Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Tunang beliau pula, Dennis Muhammad dilahirkan pada 1 Mei 1989 dan berasal dari Amsterdam, Belanda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.