Fazley Dilantik Duta Pelancongan Halal Ke Taiwan

BEKAS juara Selebriti Masterchef Malaysia, Datuk Fazley Yaakob, hari ini dilantik secara rasmi sebagai Duta Pelancongan Halal Ke Taiwan di Taipei oleh Biro Pelancongan Taiwan.

Pelantikan itu dibuat sempena Pameran Kulinari Taiwan 2017 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Taiwan.

Sebagai duta, Fazley, 39, akan mempromosikan makanan halal termasuk lokasi pelancongan yang sesuai dikunjungi masyarakat Malaysia khususnya beragama Islam.

Menurut Fazley, beliau cukup berbangga dan gembira diberikan peluang terbabit bertujuan menggalakkan pelancongan halal di Taiwan sekali gus menepis sebarang perasaan kurang yakin, was-was atau keraguan para pelancong dari luar untuk melawat ke Taiwan secara keseluruhan.

“Masih ramai yang tidak tahu bahawa ibu kota Taiwan, Taipei sebenarnya menyediakan banyak kemudahan untuk orang Islam terutama makanan halal, hotel yang menunjukkan arah kiblat serta penyediaan sejadah dan tandas awam bersesuaian kegunaan kita. Tidak hanya itu, puluhan brosur disediakan sebagai panduan untuk mencari restoran atau kafe halal di sana.

“Secara total, Taiwan adalah negara yang mesra pelancongan halal. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menggalakkan pelancongan di Taiwan bukan sahaja kepada rakyat di Malaysia, tidak ketinggalan Singapura, Indonesia dan Brunei,” katanya.

Kemunculan beliau sebagai Duta Pelancongan Halal Ke Taiwan turut mencuri tumpuan ramai apabila masing-masing memperagakan pakaian tradisional Malaysia.

Fazley juga diberi penghormatan mempromosikan masakan halal di Pameran Kulinari Taiwan 2017 itu.

Pada acara berkenaan, penyanyi, pelakon, pengacara dan juga pengusaha restoran Suka Sucre, itu memanfaatkan peluang dengan memberikan penerangan menghala topik perbualan ‘Halal Tourism from a Chef Perspective’.

Pada majlis yang sama, beliau turut menerima pengiktirafan daripada Timbalan Pengarah Ekserkutif Pameran Kulinari Taiwan 2017, Bob Wang di iatas kesudiaan beliau menyampaikan penerangan mengenai topik yang dibincangkan.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.