Faizal Tahir Puji Vida

Lagu I Am Me nampaknya memang ‘berhantu’ sehinggakan semua orang memperkatakan tentangnya.

Baru-baru ini penyanyi, Faizal Tahir menerusi satu postingnya juga turut mengucapkan tahniah pada pengasas produk kecantikan ini kerana berjaya membuatkan lagu itu melekat di minda peminat.

Katanya, lagu yang sering diparodikan ini mendapat perhatian ramai bukan sahaja di Malaysia malah di negara Arab.

“TAHNIAH Datuk Seri Vida, lagu anda telah berjaya di peringkat antarabangsa,”

“nyanyian ‘I Am Me’ kini ‘berkicau’ di Timur Tengah,”.

“Nah, di timur tengah, buat masa sekarang, Malaysia boleh,” tulis Faizal.

Faizal turut berkongsi satu video yang menunjukan seorang lelaki mengulas tentang lagu tersebut dalam bahasa Arab.

Dalam pada itu, menyedari kewujudan video arab ini, Vida turut memberi respond terhadap perkara tersebut.

Terkini lagu I Am Me telah memasuki carta top trending di Youtube dan berada di kedudukan nombor 6. Manakala lagu parodi Meletop pula berada di tangga ke-2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.