Emma Maembong Temani Bapa Melukis

KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong menggunakan masa terluang untuk meneruskan tradisi bercuti sambil melukis bersama ayahnya, Ismail Maembong di Dungun, Terengganu.

Emma atau nama penuhnya, Fatimah Rohani Ismail, 25, berkata, sejak kecil, dia sering mengikut bapanya yang juga pelukis terkenal, berkarya dalam bas sambil menikmati pemandangan luar kota.

“Saya mendapat beberapa hari cuti selepas selesai menjalani penggambaran drama rantaian kolaborasi Malaysia dan Indonesia. Jadi, saya gunakan kesempatan ini untuk mengikut ayah ke luar bandar mencari ketenangan dengan melukis.

“Menjadi kemestian untuk saya membawa ayah bercuti selepas selesai penggambaran, tambahan pula saya akan kembali sibuk. Jadi, apa salahnya saya pulang ke kampung di Dungun untuk meluangkan masa bersama ayah selama lima hari.

“Saya juga turut menyarankan kepada semua yang masih mempunyai ibu bapa untuk menghargai orang tua. Lagipun menjaga mereka bukanlah susah, marah dan merajuk pun sekali sekala saja,” katanya kepada BH Online.

Emma turut menasihatkan orang ramai terutama anak muda meluangkan masa bersama ibu bapa sebelum menyesali perbuatan mengabaikan orang tua.

Aktres berkulit putih ini baharu saja selesai penggambaran drama bersiri Dia arahan Eon Suhaimi yang turut menampilkan Janna Nick, Irwansyah, Adi Putra, Zamarul Hisham, Aleza Shahdan dan ramai lagi.

Dalam perkembangan lain, Emma bakal menjalani penggambaran drama sebanyak 16 episod yang diadaptasi novel berjudul Awak Suka Saya Tak.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.