Budak Ini Akan Makan Segulung Tisu Tandas Kalau Tiada Makanan

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun menderita penyakit kelainan genetik yang menyebabkan dirinya akan memakan tisu gulung tandas sekiranya tidak diberikan makanan.

Caden Benjamin, yang berasal dari Standerton, Afrika Selatan, kini memiliki berat badan 88 kilogram. Dia menderita penyakit sindrom Prader-Willi, yang mempunyai dorongan kuat untuk makan.

“Dia akan memakan tisu tandas. Dia akan memakannya segulung penuh,” ujar ibu Caden, Zola Benjamin.

Jika tidak, katanya, Caden akan memakan apapun yang ditemui di atas lantai. Caden mengalami trakeotomi sejak beberapa tahun lalu dan kini ia harus bernafas melalui tabung yang dimasukkan ke dalam tengkoraknya.

Pada umur tiga tahun, Caden sudah memiliki berat badan 38 kilogram, namun ketika itu, ibunya tidak tahu apa penyakit yang dialami anaknya sehinggalah seorang doktor di Pretoria, menjelaskan mengenainya kepada Zola.

“Biasanya dia memulakan hari dengan makan empat potong roti keju dan sejam selepas itu, dia akan minum coca cola dan makan sisa makanan dari malam sebelumnya. Dia juga akan makan dua potong besar ayam,” kata Zola. Caden akan makan selang sejam.

Susulan itu, Zola terpaksa mengunci almari di dapur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.