Anak Sanggup Tinggalkan Bapa Tepi Jalan

Seorang pengguna laman Facebook Ezzan Suraiya Mirabelle Reseller, telah berkongsi kisah seorang anak derhaka yang tergamak meninggalkan bapanya di tepi jalan.

Menerusi statusnya, dia menceritakan kisah sedih ini berlaku di hadapan matanya sendiri.

“Cerita Hari ini… sendiri jadi pada saya …. teringat pada Arwah Ayah…. saya bukan nak aibkan pada siapa-siapa… tapi saya nak pesan… jangan buat ayah macam tu… org tua memamg ego… kita anak layankan je bebaik tau,”tulisnya.

Katanya, semasa memasuki lorong tikus kereta Alza putih di hadapannya brek mengejut.

“Turun seorang pakcik tua pakai kopiah..beg sling…dalam hati apehal pak cik ni turun tengah jalan sebab jalan tu ada 2 lane arah sma..di lorong kiri si alza tu dah blah… saya di lorong kanan… sya stop tepi pakcik tu dan bukak tingkap kereta belah kiri n tnya dia… napa pak cik turun tengah jalan ni… sini tak ada bas… bas stop depan sana depan lim kok wing….

“Dia cakap anak pakcik turunkan pakcik… awak hntar pakcik balik boleh.. bandar mahkota cheras….”tulisnya.

Penulis tidak tahu dimana nak hantar pak cik tersebut kerana berfikir pula tentang nak ambil anak-anaknya di sekolah.

“Pakcik naikla kete saya meh… dia nak duduk depan sya tak bagi sbb ada barang-barang makanan tengahari anak-anak kat sit depan… so izan ckp pakcik dudukla belakang… pakcik kata ala mcm tuan la pakcik duk blakang… tak pe pkcik duk je.

“Dia diminta masuk cepat kereta banyak tu kat belakang… saya memang stop break tengah-tengah jalan loronng kanan… mmg berisiko sbb lorong orang memotong dan tengah pecut naik bukit… pakcik naik je kereta… saya terus menghala ke sekolah… tak jauh dalam beberapa meter… tapi dah turun bukit Alza tu tggu saya.

“Saya pun stop tepi dia rapat-rapat bukak tingkap kiri dan dia pun memang tengah tunggu kot siapa yang ambik bapa dia ni… saya pun tanya kenapa turunkn ayah awak kat tengah jalan ni… panas gebang.. kalau kena langgar tadi… bukan turunkan tepi jalan…. perempuan tu ckp … ayah sya ni ego…. Degil… tak nak dengar cakap orang lain… dia kata dia boleh balik sendiri. Saya jeling dan cakap hmmm kejap ye saya parking tepi … saya signal kiri n parking depan kereta dia dan saya turun. Pakcik saya lock dalam kereta tapi enjin tak mati kan. Saya melulu pergi ke arah perempua tadi tu.. dia dengan bangganya cakap… biarkan dia tengah jalan tadi… ego sangat… saya cakap eh ko ni…. tudung je labuh… tapi buat ayah sendiri macam ni. Kau tau tak berdosa… kau tak tahu rasa bila ayah kau dah tak ada. Ko ni tak pkir klu tadi aku tengah tekan mnyak naik bukit langgar bapak ko…. ko dh mnyusahkn ak…. Tak pasal je …. ko ni mmg la… ko esok bapak ko mati ko tau la…,”tulisnya.

Perempuan tu muka mcm tak puas hati terus ke kereta dan nak bukak pintu nk amik bapak dia… kreta centre lock jd dia xleh bukak kna bukak dr driver…. pakcik bukak tingkap dan cakap bukak kan pintu ni … pakcik nak tampar dia ni… huhhhh… saya dengar perbalahan anak branak berkenaan kunci rumah… pd pak cik tak ada pada anak dia pun tak ada….. ( sya sempat tengok dalam alza ada lagi 2 orang bertudung dalam kereta tak kuar pun amik pakcik ni… ) pakcik tu kata tak ada kunci aku pecah kan la rumah….,”tulisnya yang tak memberi fokus terhadap perbalahan itu.

10 minit kemudian, pak cik itu turun kereta dan mengucapkan terima kasih kepada Ezzan.

“Saya masuk kereta dan saya perhati lagi dari cermin pandang belakang….saya nampak mereka semua sedang marah pakcik tu dengan tunding jari kat pakcik….

“Moralnya ialah…. walau pun bapak kau tu paksa suruh turunkn kat jalan raya…. turunkan la kat tepi jalan ke… bustop ke…. ini tengah-tengah jalan tempat kereta tengah laju… kawasan yang cab tak ada bas sejam sekali pun susah… tak perlu la buat mcm tu….,” akhirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.