52 Peserta Mulakan PABM 2017

KUALA LUMPUR – Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 telah memulakan tirainya apabila seramai 52 peserta daripada tiga kategori telah berentap pada pusingan awal di sini semalam.

Penyelaras Teknikal dan Penjurian pertandingan itu, Dr. Mazlena Mohamad Hussain berkata, pada peringkat saringan ini akan melibatkan tiga kategori iaitu kategori Alam Melayu, Antarabangsa dan Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) dan diadili oleh 11 juri.

Katanya, bagi kategori Antarabangsa dan PAM akan diadili oleh tiga orang juri setiap kategoti namun bagi kategori Alam Melayu akan melibatkan lima orang juri.

“Bagi kategori antarabangsa melibatkan seramai 20 orang, PAM seramai 22 orang, dan bagi ketegori Alam Melayu seramai 10 orang.

“Hanya 10 daripada setiap kategori akan layak ke suku akhir yang akan diadakan pada keesokkan harinya, tetapi bagi kategori Alam Melayu mereka akan terus melangkah ke separuh akhir,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

PABM 2017 memasuki edisi ke-11 penganjuran pada tahun ini yang akan bermula secara rasmi hari ini dan kemuncaknya pada 26 Julai ini dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

PABM 2017 disertai seramai 52 peserta dari serata dunia dengan tiga kategori dipertandingkan.

Pertandingan akhir PABM 2017 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.