Video : Mahu Pecah Rekod, Kabali Sasar Kutipan RM40 Juta

KUALA LUMPUR – Filem Kabali yang diterajui oleh lagenda filem India, Rajinikanth sasar kutipan lebih RM4o juta.

 

Pengasas D’Cinema.TV, Maraz Ravi berkata, filem itu dinanti-nantikan peminat Rajinikanth di seluruh dunia.

 

Dalam pada itu, pemilik syarikat Malik Streams, Abdul Malik berkata, kos perbelanjaan untuk pemasaran di Malaysia menelan belanja sebanyak RM2 juta dan filem itu disasarkan mengutip RM50 juta secara keseluruhan apabila ditayangkan di 480 pawagam di seluruh negara.

 

 

Selain Malaysia, filem versi bahasa Melayu itu juga akan ditayangkan di 250 pawagam di Indonesia mulai 29 Julai.

 

Sebelum ini, rakyat Malaysia hanya menonton filem Tamil dengan sari kata bahasa Melayu namun, kini mereka berpeluang menonton filem “Kabali,” yang dibintangi pelakon tersohor India Rajinikanth, dalam versi bahasa kebangsaan itu mulai 22 Julai ini.

 

Terdahulu, Rajinikanth yang juga popular dengan gelaran “Superstar” dalam kalangan peminatnya, adalah antara pelakon yang menerima bayaran termahal di Asia Tenggara selepas Jackie Chan.

 

Rajinikanth atau nama sebenarnya Shivaji Rao memegang watak samseng (Don) di Malaysia, yang dikenali sebagai Kabaliswaran, dalam filem ke-159 beliau.

 

 

Laporan menyusul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.