Video : Filem Kabali Bantu Promosi Pelancongan Negara

KUALA LUMPUR – Filem Kabali yang diterajui oleh lagenda filem India, Rajinikanth menjalankan penggambaran termasuklah bandar Melaka, Batu Caves, Klang, Bangsar dan KLIA2.

 

Menurut pengasas D’Cinema.TV Maraz Ravi berkata, ia secara tidak langsung membantu mempromosikan negara kepada penonton dalam dan luar negara.

 

“Malaysia bakal dibanjiri pelancong daripada negara luar, terutamanya yang datang daripada India,”katanya.

 

Kehangatan filem itu dirasai di Malaysia apabila “flashmob” diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara manakala AirAsia Bhd pula menawarkan menu dalam penerbangan dan barangan cenderamata yang disesuaikan dengan tema filem itu.

 

 

Abdul Malik yang juga pemilik syarikat Malik Streams berkata, seramai 800 rakyat Malaysia turut menjadi pelakon tambahan dalam filem itu yang dinanti-nantikan peminat Rajinikanth di seluruh dunia.

 

Selain di India, penggambaran filem itu dijalankan selama 60 hari di Malaysia sehingga mencetuskan “demam Rajinikanth” dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama pada awal tahun ini.

 

Penerbit bersama Kabali Datuk Abdul Malik Dashtigeer berkata filem itu bakal mencipta sejarah apabila dialih suara daripada bahasa Tamil ke bahasa Melayu buat kali pertamanya dalam dunia perfileman negara.

 

Sebelum ini, rakyat Malaysia hanya menonton filem Tamil dengan sari kata bahasa Melayu namun, kini mereka berpeluang menonton filem “Kabali,” yang dibintangi pelakon tersohor India Rajinikanth, dalam versi bahasa kebangsaan itu mulai 22 Julai ini.

 

“Bagi versi bahasa Melayu, selebriti tanah air Arun Kumar memberi suaranya untuk watak Rajinikanth dan Fathia Latiff bagi watak Dhansika, anak Rajinikanth.

 

Antara alihsuara terlibat termasuk Datuk Jalaluddin Hassan bagi suara watak penjahat dibawa ke Chennai, India selama tujuh hari untuk rakaman suara.

 

Filem turut menampilkan pelakon tempatan terkenal seperti Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim, Zack Taipan dan Tony Kassim.

 

Kabali, yang mendapat sentuhan pengarah India Pa.Ranjith ini pada mulanya dijangka ditayangkan pada Julai 1 lalu (versi Tamil) namun, ditunda atas beberapa sebab.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.