Penyokong Erdogan Adakan Dua Himpunan Besar

ISTANBUL – Penyokong Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkumpul di dua rapat umum bagi menyatakan sokongan mereka kepada pemimpin itu.

 

Dua lokasi tersebut adalah di Dataran Taksim dan di hadapan rumah Erdogan di kawasan bandar Istanbul.

 

Sebelum ini, Erdogan dilaporkan turut mengarahkan penutupan lebih 1,000 sekolah dan 1,200 persatuan.

 

Tindakan ini diambil susulan cubaan rampasan kuasa dan perintah darurat yang dilaksanakan minggu lalu.

 

 

Pelaksanaan perintah darurat sebelum ini disifatkan sebagai usaha menangani situasi pasca rampasan kuasa.

 

Lebih 10,000 kakitangan awam ditahan atau digantung tugas susulan cubaan itu.

 

Tenaga akademik turut dilarang sementara daripada ke luar negara bagi menangani rampasan kuasa yang gagal itu pada Jumaat lepas.

 

Tentera dan polis juga antara pihak yang dipecat, digantung tugas atau diarahkan berhenti susulan insiden berkenan.-Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.