PAS Sedia Kerjasama Dengan Parti Baharu Tun Mahathir

ALOR SETAR – PAS sedia membentuk kerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk parti politik baharu yang bakal diasaskan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Beliau menegaskan kesediaan parti Islam itu untuk bekerjasama dengan semua pihak bagaimanapun ia bersyarat.

 

“PAS mengambil pendekatan bekerjasama dengan semua pihak, dengan syarat jangan sentuh dasar dan matlamat PAS kalau pihak tersebut tidak terima PAS dengan dasar dia,” katanya lapor sebuah portal.

 

Tambahnya, setakat ini blok ketiga yang diwujudkan oleh PAS telah membentuk kerjasama dengan sebuah parti politik serta lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan untuk menangguhkan penubuhan parti baharu itu kerana bakal berdepan kekangan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.