Kabali Sekadar Filem Fiksyen, Usah Cetus Kontroversi – Kamalanathan

KUALA SELANGOR – Filem ‘Kabali’ dibintangi pelakon handalan filem Tamil, Rajinikanth hanya sekadar filem fiksyen yang perlu dilihat sebagai hiburan semata-mata dan sebarang kontroversi cuba dicetuskan tidak seharusnya berlaku, kata Anggota Majlis Tertinggi MIC Datuk P. Kamalanathan.

 

Kamalanathan yang menyaksikan tayangan perdana filem itu malam Khamis lepas, berkata beliau tidak bersetuju dengan dakwaan menyatakan kedudukan bangsa India diperlekeh menerusi skrip para pelakon filem itu, yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia.

 

“Ini filem fiksyen dan hanya diambil sebagai cerita. Kebenarannya, kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menambah baik masyarakat India dan agenda memartabatkan dan memperkasa pembangunan masyarakat India akan diteruskan,” katanya.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.