Isteri Bekas Ketua Menteri P.Pinang Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Puan Sri Chui Kah Peng, isteri kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, meninggal dunia awal hari ini akibat kanser.

 

Mendiang meninggal dunia pada usia 65 tahun.

 

Chui meninggal dunia pada jam 1:00 pagi di bilik wad Gleneagles Medical Centre dikelilingi oleh ahli keluarga terdekat.

 

Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke kediamannya di Pulau Tikus.

 

Pengebumian Chui dimaklumkan akan diadakan pada Khamis, 28 Julai. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.