Saudi Bakal Perkenal Gelang Elektronik Untuk Keselamatan Jemaah Haji

MEKAH, ARAB SAUDI – Arab Saudi bakal memperkenalkan gelang elektronik untuk langkah keselamatan jemaah haji, bagi mengelakkan insiden rempuhan yang membunuh lebih 700 orang pada tahun lalu, berulang.

 

Reuters melaporkan, menurut Saudi Press Agency, orang Islam yang mengerjakan haji tidak lama lagi boleh memakai gelang pengenalan elektronik untuk perlindungan.

 

E-gelang kalis air yang disertakan dengan GPS mengandungi maklumat peribadi dan perubatan bagi membantu pihak berkuasa mengenal pasti dan menjaga individu sekiranya berlaku kecemasan.

 

Antara ciri-ciri lain gelang termasuk juga isyarat doa yang memberitahu waktu solat serta kompas untuk menunjukkan arah mana untuk berdoa. Panduan turut dilengkapi langkah haji dan pelbagai ritual juga akan dimasukkan, serta alih bahasa bagi bangsa asing.

 

Selain daripada gelang, hampir 1,000 kamera pengawasan turut dipasang di sekitar Masjidil Haram untuk langkah keselamatan.

 

Kerja haji dijadualkan pada bulan Ogos ini bakal dihadiri lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.