Video: Ibrahim Ali Gelak Besar Pada Wakil Rakyat ‘Katak’

Kuala Lumpur – Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mengalu-alukan kehadiran “kumpulan katak” atau merujuk kepada pemimpin PAS yang bakal menyertai parti baharu ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).

 

Beliau berkata, tindakan kumpulan terbabit membuktikan kini bukan beliau sahaja akan digelar dan diingati sebagai wakil rakyat “katak” yang lompat parti namun juga kepada kumpulan tersebut.

 

 

“Kumpulan GHB ini saya selalu akan beri mereka peluang, kerana dalam politik ini sama je hari ini jatuh esok boleh bangkit.

 

“Sekarang ini saya alu-alukan lebih banyak katak dalam negara, dulu mereka tuduh saya kata saya katak, lompat parti kerana itu saya kata jangan suka tuduh orang,” katanya pada sidang media di Wisma Perkasa Kuala Lumpur hari ini.

 

Ibrahim juga turut berpendapat Pengerusi GHB Mohamad Sabu sewajarnya menyertai DAP daripada membentuk satu parti baharu lain.

 

Beliau berkata bukan satu rahsia lagi pemimpin progresif itu yang juga dikenali sebagai Mat Sabu itu cenderung kepada DAP.

 

Katanya, ia juga dianggap masa yang tepat untuk Mat Sabu dan DAP membuktikan parti itu tidak “cauvanis” dan selari dengan agenda mereka yang inginkan kepelbagaian kaum, bangsa dan agama.

 

“Saya katakan demikian kerana mereka tidak perlu berpura-pura lagi dan dituduh alat DAP, jadi kalau mereka (GHB) sertai DAP, jadi ini mungkin membantu dalam agenda kepentingan Melayu dan membuka laluan.

 

“Dan DAP juga perlu buktikan mereka tidak cauvanis, bukalah jawatan tertinggi dalam DAP, mereka kena kongsi macam perkiraan satu pertiga diisi orang Melayu ini baru betul, sekiranya DAP ikhlas untuk wujudkan parti yang pelbagai kaum,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.