Tunjukkan ‘Semangat Harimau’ Berdepan Liverpool – PM

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berharap pasukan pilihan Malaysia akan menunjukkan “semangat harimau” semasa berdepan dengan kelab gergasi Inggeris, Liverpool di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 8.45 malam ini.

 

“Malam ini, saya harap pasukan pilihan Malaysia beraksi dengan penuh semangat & kesungguhan. Pemain Malaysia, tunjukkan kepada @LFC semangat harimau kita,” menurut Najib dalam laman sosial Twitternya pada 6.28 petang ini.

 

Kali terakhir Liverpool beraksi di Malaysia adalah pada 2011 apabila skuad bimbingan Datuk K Rajagobal ketika itu memberikan aksi membanggakan di Stadium Nasional yang dipenuhi penonton sebelum tewas 6-3.

 

Semalam, Liverpool membelasah kelab Liga Super, Felda United 7-0 dalam satu perlawanan latihan selepas sesi latihan rasmi “The Reds” di Stadium Nasional.

 

Kelab Merseyside itu memulakan Jelajah Pramusim mereka dengan menundukkan Thai All Stars 4-0 di Bangkok pada 14 Julai lepas dan menundukkan kelab Liga Australia, Brisbane Roar 2-1 tiga hari kemudian, sebelum mengalahkan Adelaide United 2-0, Isnin lepas.

 

The Reds akan meneruskan perlawanan terakhir pramusim mereka di Eropah Utara menentang kelab Finland, HJK Helsinki pada 1 Ogos. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.