Saluran Gusti 24 Jam Pertama Di Malaysia

Kuala Lumpur – Menyedari pengaruh sukan gusti di negara ini yang masih belum menampakkan sebarang tanda untuk kebah, ia telah mendorong stesen televisyen berbayar terulung negara, Astro dengan kerjasama World Wrestling Entertainment (WWE) untuk melancarkan satu saluran baru, WWE Network yang mula bersiaran 20 Julai lalu.

 

Pelancaran saluran berkenaan dilakukan serentak dengan rancangan WWE Battleground yang turut ditayangkan pada hari yang sama apabila ia menayangkan perlawanan antara Brock Lesnar dan Seth Rollins untuk merebut gelaran WWE Heavyweight Championship.

 

Untuk pelanggan setia Astro yang merupakan peminat sukan gusti, ini merupakan peluang terbaik buat anda untuk menikmati pelbagai program gusti yang disediakan menerusi saluran WWE Network ini.

 

“Saluran WWE Network ini merupakan platform terbaik buat peminat sukan gusti yang sekian lama menantikan sebuah saluran yang menayangkan kandungan terbaik berkaitan sukan ini.

 

“Menariknya, ia saluran ini akan bersiaran selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dengan kandungan program yang pastinya akan memberikan kepuasan maksimum kepada penonton tanpa perlu membayar caj tambahan,” kata Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Kay dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada The Rakyat Post, baru-baru ini.

 

Bukan hanya perlawanan eksklusif, malah saluran berkenaan turut menayangkan program realiti berkaitan dengan sukan gusti dan para pemainnya selain perlawanan gusti klasik dan juga yang terkini serta eksklusif yang tidak ditayangkan di mana-mana saluran mahupun stesen televisyen.

 

Pun begitu, WWE Network pastinya tidak melupakan untuk menayangkan kandungan program-program utama yang telah dikenali selama ini seperti Monday Night Raw, SmackDown, Main Event, NXT dan Superstars.

 

Tidak cukup dengan itu, saluran ini turut memperuntukkan kandungan sebanyak 25 jam bagi mereka yang mahu menonton video-atas-permintaan (VOD) pada setiap bulan.

 

Saluran WWE Network ini boleh ditonton menerusi saluran definisi standard (SD – saluran 820) dan juga definisi tinggi (HD – saluran 840) dengan harga RM10.60 khusus buat pelanggan sedia ada yang telah melanggan saluran Astro Sports Pack.

 

Sementara bagi mereka yang tidak melanggan Astro Sports Pack pula, caj yang dikenakan untuk melanggan saluran WWE Network ini adalah sebanyak RM15.90.

 

Untuk melanggan, sila lawati Astro Service Portal di saluran 220 atau hubungi talian 03-9543 3838 untuk keterangan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.