PAS Selangor Desak ADUN, Ahli Parlimen Keluar Parti Kosong Kerusi

Kuala Lumpur – PAS Selangor mendesak mana-mana ADUN atau Ahli Parlimen di Selangor yang mahu berpindah parti supaya berani mengisytiharkan diri mereka dan mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket PAS.

 

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata apa sahaja bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap wakil rakyat yang melompat, PAS Selangor akan menyerahkan sepenuhnya kepada PAS Pusat.

 

“Mengapa terlalu lama untuk mengistiharkan diri keluar daripada PAS? Kenapa perlu berselindung?” katanya dalam kenyataan.

 

Dalam pada itu, mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang pembentukan Pakatan Baru, kata Khairuddin, PAS Selangor melihat ianya tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan yang sedia ada.

 

“Kita akan terus kekal dalam kerajaan Selangor yang ada,” jelasnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.