Lelaki Tembak Penonton Sebelum Bunuh Diri

Washington – Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pawagam di Louisiana, menyebabkan dua orang terbunuh dan tujuh yang lain cedera sebelum membunuh diri, menurut polis.

 

Imej televisyen menunjukkan keadaan huru-hara di kawasan panggung wayang terbabit, dengan kehadiran berpuluh-puluh kenderaan dan kru kecemasan.

 

CNN melaporkan penembak berkenaan membunuh diri.

 

“Ramai kanak-kanak perempuan mula menjerit dan kami mendengar bahawa seseorang telah ditembak,” kata saksi kejadian, Roxy Martinez kepada CNN.

 

Abang Roxy, Robert Martinez, pula melihat seorang wanita telah ditembak di bahagian perut.

 

“Saya melihat wanita yang berlumuran darah,” katanya.

 

Seorang pengurus restoran pizza, Todd Moffatt, berkata kira-kira 20 hingga 30 kenderaan kecemasan tiba di tempat kejadian dan kawasan insiden sudah mula ditutup. – CNN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.