Landasan MRT Di TTDI Retak?

Kuala Lumpur – Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Amir Mahmood Razak menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial bahawa terdapat ‘keretakan’ dilihat di bahagian landasan di TTDI.

 

Katanya, ia adalah kesilapan yang jelas dapat dilihat melalui sudut kamera dan pencahayaan yang membuatkan gambar yang disebarkan kelihatan seperti landasan yang telah retak di atasnya.

 

Beliau berkata lagi, garis-garis yang kelihatan seperti retak itu adalah sebenarnya ‘penghasilan bentuk jaring’ tersebut.

 

“Kami tidak mendapat apa-apa laporan mengenai sebarang keretakan,” katanya kepada The Rakyat Post.

 

Tambahnya lagi, visual yang terhasil adalah kamera ‘tricks’ melalui sudut dan juga jarak.

 

“Jaring yang terdapat di situ sendiri adalah berfungsi untuk melindungi ruang di bawah semasa pekerja melakukan kerja ‘parapet’.

 

“Jadi ini bukanlah suatu isu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.