Isu Bai’ah Talak Tiga PAS: ‘Sumpah Itu Haram’ – Mufti Perak

Kuala Lumpur – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengkritik bai’ah talak tiga PAS yang dikatakan cuba mempolitikkan agama dengan melakukan sumpah janji itu.

 

Menurutnya, sumpah itu haram kerana cuba membatalkan perkahwinan yang dianggap sunnah dan terlarang oleh Allah S.W.T.

 

“Apa kena mengena politik dengan perkahwinan, adalah haram membatalkan sunnah disebabkan perjuangan politik.

 

“Pada pendapat saya, bai’ah itu sendiri tidak betul tapi oleh kerana mereka sudah bersumpah di khayalak ramai, maka talak telah jatuh,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

 

Jelasnya lagi, disebabkan kekeliruan hukum yang dinyatakan oleh ahli ulama PAS, masyarakat seolah-olah dipermainkan dengan agama.

 

“Masyarakat seperti dipermainkan oleh agama sehinggakan manusia boleh berbuat macam-macam hukum atau janji setia.

 

“Saya tidak faham bagaimana ahli Dewan Ulama PAS boleh meluluskan akujanji ini,” tambah beliau.

 

Tegasnya, ahli ulama PAS terlalu taksub akan kepercayaan sehingga mempermainkan agama sendiri.

 

“Cukup dengan bersumpah, tidak perlu membabitkan isteri di dalam hal politik ini.

 

“Sumpah itu memang boleh dibatalkan dengan membayar kifarah namun mereka sudah terlambat kerana ianya sudah dimeterai.

 

“Dengan itu talak dikira sah walaupun perbuatan mereka dianggap haram di sisi agama,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.