Harapan Baru Akan Jadi Tunggangan DAP

SHAH ALAM – Veteran Umno mendakwa Gerakan Harapan Baru hanya akan menjadi alat dan kuda tunggangan DAP dalam usaha mereka menghancurkan kuasa Melayu di negara ini.

 

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata namun,  beliau yakin pengundi dan penyokong Pas  tidak akan menggadai maruah dan dasar perjuangan ulama dengan menyokong Harapan Baru.

 

“Veteran Umno tidak nampak Harapan Baru boleh menggantikan Pas. Seperti Semangat 46 yang lahir dari serpihan Umno, maka begitu juga Harapan Baru yang menjadi parti serpihan Pas.

 

“Semangat 46 mampu bertahan beberapa tahun dengan talian hayat dari Pas dan akhirnya dibubarkan. Begitu juga dengan Harapan Baru yang akan hidup dengan ihsan dan talian hayat dari DAP tidak akan bertahan lama dan akan terkubur.

 

“Harapan Baru hanya menaruh harapan kepada DAP untuk berkongsi memerintah Pulau Pinang. DAP pula mengharapkan Harapan Baru dapat memenangi kerusi Dun yang sekarang dimenangi Pas  di samping mengharapkan Harapan Baru mempengaruhi undi Melayu di kawasan yang calon DAP bertanding,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.