Guru Sandaran Mati Dibaham Buaya

LIMBANG – Seorang guru sandaran wanita mati dibaham buaya dalam kejadian di sungai Kampung Binjai, Limbang di sini, pagi tadi.

 

Dalam kejadian pada 6 pagi, mangsa, Nurfazilah Abdul Rahman, 26, dikatakan sedang mandi bersama ibunya sebelum diserang buaya berkenaan dipercayai sepanjang hampir lima meter.

 

Pemangku Ketua Jabatan dan Penyelamat Zon Limbang, Bonny Martin Saging Mato berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.30 pagi berhubung kejadian itu, bagaimanapun mangsa sudah ditemui penduduk setibanya bomba ke lokasi.

 

Menurutnya, mangsa yang masih bujang itu ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

 

“Mayat mangsa dalam keadaan sempurna, bagaimanapun, terdapat banyak kesan gigitan pada anggota badan,” katanya.

 

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Limbang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

 

“Kes serangan buaya di kampung itu adalah kali pertama berlaku,” katanya. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.