Azwan, Ezzaty Harap Hubungan Rapat Tidak Disalaherti

Pelakon Azwan Kombos mengaku menyukai pelakon bernama Ezzaty Abdullah, 25. Bagaimanapun perasaan suka itu hanyalah sekadar pada peringkat kawan biasa.

 

Disebabkan mereka mempunyai hubungan yang rapat lebih-lebih lagi apabila sering memuat naik gambar bersama di laman Instagram, keakraban tersebut sering ditafsirkan sebagai bercinta.

 

“Memang saya suka dia. Tetapi, masih belum ada apa-apa kata putus daripadanya dan dia tidak pernah cakap suka saya.

 

“Kalau dia sudah kata suka, mungkin saya akan fikir untuk melangkah ke fasa seterusnya. Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin.

 

“Saya mahu cari yang betul-betul sehati sejiwa dengan saya. Faham dengan situasi dan keadaan diri saya. Yang penting, menerima kelebihan dan kekurangan saya seadanya,” kata Azwan yang beraya di Kota Belud, Sabah.

 

Sering keluar bersama, Azwan tidak mahu hubungan itu disalahertikan.

 

“Kami memang selalu bersama dan keluar bersama. Tapi, janganlah fikir bukan-bukan. Kami keluar makan dan lepak sahaja.

 

“Selebihnya termasuk jodoh kita serahkan kepada Tuhan,” katanya.

 

Ditanya kepada Ezzaty tentang hubungan itu,

 

“Saya selesa berkawan dengan Azwan. Kami rapat sebagai kawan belum ada apa yang istimewa lagi.

 

“Ya, kami selalu keluar bersama. Biarkan hubungan ini sebagai kawan buat masa ini. Kalau ada jodoh, adalah.

 

“Kalau betul jodoh saya dengan dia, saya terima sahaja. Saya baru putus tunang tahun lalu, jadi saya perlu berhati-hati memilih kawan,” katanya.

 

Mengaku pernah membawa Azwan berjumpa dengan ibu dan bapanya di kampung, Ezzaty turut mendapat pesanan daripada orang tuanya supaya berhati-hati ketika berkawan.

 

“Kebetulan masa itu saya menghantar ibu pulang ke kampung. Jadi, saya bawa dan meminta Azwan untuk menemankan saya.

 

“Lagipun, ayah tidak benarkan saya memandu seorang diri ketika mahu pulang ke Kuala Lumpur,” katanya. – Utusan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.