Ambil Anak Angkat, Rebecca Nur Al-Islam Dituduh Cari Publisiti

Kuala Lumpur – Pelakon Rebecca Nur Al-Islam  menganggap keputusan mengambil lima beradik yatim piatu menjadi sebahagian daripada keluarganya bukan dibuat atas dasar mencari publisiti murahan.

 

“Saya tidak akan marah jika ada skeptikal masyarakat yang memandang tindakan saya ini sebagai umpan mencari publisiti. Setiap manusia, setiap orang ada pandangan negatif dan positif.

 

“Jadi, kenapa perlu saya memikir tentang cakap-cakap orang? Pandangan negatif segelintir pihak, sedikit pun tidak menjejaskan periuk nasi atau hidup saya. Apa yang saya buat, ia antara saya dengan Tuhan. Saya penat dan tidak suka membuang masa memikirkan tanggapan orang,” ujarnya seperti yang dilaporkan Kosmo! hari ini.

 

Tahun lalu sebuah tragedi menyayat hati telah menimpa lima adik-beradik malang apabila kedua-dua ibu bapa lima meninggal dunia akibat kemalangan ngeri.

 

Tragedi yang tercatat pada 25 Mei 2014 itu sekelip mata telah menghancurkan limbungan kasih sayang yang dimiliki lima kanak-kanak berkenaan sehingga mereka harus meneruskan kehidupan sebagai yatim piatu.

 

Selepas dua bulan kisah yatim piatu itu tersebar meluas di laman sosial, Rebecca tampil menghulurkan keprihatinan. Dia mengambil  Muhammad Haikal, 17, Fatin Adlina, 15, Muhammad Aidil, 11, Nur Syamimi, 5, dan Nur Auni Safia, 4 sebagai anak angkatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.