Yahudi Bijak, Membunuh Orang Arab Lebih Mudah Dan Menyeronokkan – Tun Mahathir

Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penyembelihan golongan Arab di semenanjung Gaza oleh tentera Yahudi Zionis menunjukkan golongan itu masih belum mengambil iktibar dari pengalaman getir semasa ditindas Nazi Jerman.

Malah, golongan tersebut bertindak lebih teruk daripada Nazi Jerman, kata Mahathir yang mengutuk kekejaman terbaru rejim Zionis di semenanjung Gaza sejak minggu lalu.

“Ketika Yahudi dianiaya Yahudi oleh Nazi di Jerman mereka menagih simpati dan sokongan dunia. Namun penderitaan itu tidak menjadikan mereka memahami betapa siksanya penderitaan itu.

“Sebaliknya, mereka bertindak lebih teruk daripada Nazi, tidak mempedulikan langsung penderitaan dan pembunuhan yang dilakukan pada pihak lain,” katanya dalam tulisan terbarunya di blog.

Mahathir berkata, golongan Yahudi itu tidak menghamburkan kemarahan mereka ke atas Jerman dan Eropah tetapi sebaliknya menyerang golongan Arab.

“Tetapi mereka sangat bijak. Membunuh orang Arab lebih mudah dan lebih menyeronokkan,” katanya.

Mahathir turut mengutuk golongan Yahudi yang menurutnya bongkak dan penuh dengan tanggapan bahawa mereka lebih baik dari orang lain.

“Orang Yahudi mendakwa mereka adalah golongan yang dipilih oleh Tuhan,” katanya yang mendakwa golongan tersebut masih percaya demikian selepas melalui pelbagai bentuk penindasan oleh kumpulan Kristian Eropah.

Bekas perdana menteri itu turut membangkitkan bahawa orang Yahudi juga tergolong dalam kumpulan semitik, seperti orang Arab, namun percaya bahawa hanya mereka tergolong dalam kumpulan tersebut.

“Mereka menuduh semua orang bersikap anti-Semitik jika mereka mengkritik Yahudi atau menuduh mereka membuat apa-apa kesilapan.

“Apa saja yang mereka lakukan, betapa teruk sekalipun jenayah itu, mereka akan menuduh orang yang mengkritik mereka sebagai anti-Semitik.

“Dalam dunia bebas ini, kita boleh menuduh apa-apa sahaja ke atas sesiapa sahaja dan ia akan diterima kerana dianggap sebahagian kebebasan bersuara. Namun, Yahudi langsung tidak boleh dikritik tanpa pengkritik itu dilabel sebagai anti-Semitik.

“Dan banyak negara Eropah menyokong pandangan ini sehingga memenjarakan sesiapa sahaja yang dituduh anti-Semitik.

“Jelas sekali orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai orang yang istimewa hingga berhak mengatasi kutukan atau kritikan,” katanya.

Mahathir seterusnya menyenaraikan tindakan kekejaman Israel ke atas Palestin, termasuk pengeboman sekolah dan hospital.

“Nampaknya, mesej yang cuba disampaikan kepada dunia adalah Israel dan warga Israel adalah suci dan sesiapa yang bertindak ke atas mereka akan menerima pada, seratus kali lebih teruk daripada apa yang dialami orang Israel.

“Kesemua perkara yang dilakukan Israel ini bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, moral, dan hak asasi. Mereka adalah penjenayah dalam kesemua undang-undang dunia bertamadun.

“Tetapi Yahudi Israel melakukan perkara ini tanpa hukuman. Mereka ada seluruh Amerika Syarikat dan Eropah berdiri di belakang mereka. Mereka adalah orang yang dipilih Tuhan dan mengatasi semua undang-undang, kanun moral, atau nilai kemanusiaan,” katanya.

Mahathir berkata Israel “raksasa” ciptaan Eropah dan Amerika Syarikat yang menurutnya tidak lagi peduli dengan kemusnahan yang dilakukannya.

“Mereka terus menyokong Israel walaupun orang Israel melakukan penghapusan kaum, membunuh semua orang Arab. Ini adalah cara mereka untuk mendapat keadilan atas layanan ke atas orang Yahudi sebelum ini,” katanya.

7 thoughts on “Yahudi Bijak, Membunuh Orang Arab Lebih Mudah Dan Menyeronokkan – Tun Mahathir

  • July 24, 2014 at 8:06 pm
    Permalink

    Yahudi belajar dari pengalaman amerika menghapuskan etnik red indian untuk menjajah seluruh amerika utara…berjuta org red indian dibunuh sebelum penubuhan amerika, sehinggakan ada suku kaum indian yg terus lenyap dari muka bumi ini…so history repeats itself, this time around zionist try wipe out the palestinians…now are we going to bear witness to this ethnic cleansing yet again..?pbb

    Reply
  • July 24, 2014 at 11:26 pm
    Permalink

    Semua kenyataan Tun amat benar sekali. Memang Puak Yahudi sangat kejam dan bersifat bongkak tetapi harus di ingati, jika Israhell bermahajarela dan membuat sesuka hatinya disebabkan mereka mendapat sokongan moral dan bantuan kewangan dari pihak pihak tertentu.

    Sudah menjadi maklumat umum yang USA & France adalah penyokong hebat Israhell tetapi itu negara negara non Muslim. Apa yang menyedihkan ialah bila beberapa negara negara Arab yang kononnya berugama Islam langsung tidak mengendahkan nasib orang Palestinians. Sehingga sekarang tidak ada sesuatu bantahan atau kenyataan yang mengutuk Israhell dari Saudi Arabia, Qatar, Jordan….Ini negara negara yang kononnya “Negara Islam”

    Selagi ketua ketua negara negara Islam menyembah Dollar dan Israhell, selagi itu nasib Ummat Muhammad SAW akan terus tertindas dan dibelasah kiri dan kanan.

    Reply
  • July 25, 2014 at 2:25 pm
    Permalink

    Israel memang angkuh tapi pengecut.
    Balasan Allah pasti datang dan lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan terhadap palestin

    Reply
  • July 26, 2014 at 3:09 pm
    Permalink

    Kenyataan Tun Mahathir sangat tepat dan tajam mengenai pembunuhan orang arab oleh Israel sebagai mudah dan menyoronokkan. Apa tidaknya keraa apa sahaja tindakan kejam dan ganasnya oleh Israel dibelakangnya tetap ada Amerika dan Eropah. Tetapi di mana orang arab lain dan oranng muslim lain ? Pertama sekali Arab Saudi sudah tidak langsung ingin tahu masalah dihadapi Palestina apa lagi nak membantu. Kedua jiran Palestina sepatutnya menyokong dan membantu dalam apa cara sekali pun sebangsa arab dan seagama tetapi sebaliknya menyekat bantuan dan menghalang bantuan perubatan dan makanan dari negara luar daripada semua bangsa(Muslin dan Non Muslim) yang perihatin dan dan berperi kemanusian terhadap keperitan dialami Palestina.(3)dikalangan negara islam asyik bercelaru mengenai benda-benda kecil dalam fahaman dan amalam agama islam pada sepatutnya orang islam semua wajar kongsi satu aqidah dan bersatu teguh membela sesama islam dan syiar islam.Kunci tentang kekuatan islam hanya ada dua (1) Negara arab wajib bersatu padu menegak syiar islam. Sekiranya ada tuduhan tentang mana-mana negara islam yang tidak harus mengambil tindakan mengenal pasti di mana kesilapanya dan membanyu memperbetulkannya dan bukan lari dari kenyataan. (2) Orag islam seluruh dunia wajib menghapuskan perbezaan fahaman dan amalam dalam islam tetapi wajib bersatu atas platfrom SATU AQIDAH. Wasallamualaikum Selamat Berpuasa dan Selamat hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

    Reply
  • August 8, 2014 at 2:08 am
    Permalink

    Jelas,benar dan tepat sekali kenyataan Tun Mahathir.tak perlu ditangkis lagi.

    Reply
  • August 18, 2014 at 4:29 pm
    Permalink

    Spatutnye hitler bunuh je sume yahudi kt dunia nie…xgune btul..xsdar diri….dlu kne tindas kne halau dgn eropah,jerman..sume negara xtrime yahudi kt tmpt diorg…org arab jgak yg baik hati bg,tp korg mkan tuan pulak..dah bg dduk pun xbrsyukur…nk rmpas tanah org..israel rasmi ade pd taun1946 oke! Sdangkn palestin bribu2 taun sblum tu…ish geram btl aku….

    Reply
  • February 20, 2015 at 3:50 pm
    Permalink

    OIC sepatutnya menjadi pemimpin semua negara islam dan muslim. selagi mana negara islam dan muslim tidak bersatu maka pihak israel, amerika, eropah khususnya yahudi akan menindas negara islam dan muslim.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.