Video : Raja Bomoh Arah Pengikut Lakukan Solat Jenazah Ghaib

Kuala Lumpur – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Md Zain mengarahkan semua pengikutnya agar mengadakan solat jenazah ghaib untuk semua mangsa (yang beragama Islam) nahas pesawat MH17.

Beliau yang ditemui lewat malam tadi berkata, semua pengikutnya dari Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib dan Persatuan Selendang Merah telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Setelah semua jenazah (mangsa nahas) selesai dimandi serta dikapankan kami ahli-ahli silat semua akan mengadakan sembahyang ghaib supaya roh dan jasad mereka semua diterima (sebagai) orang yang soleh (dan) orang-orang yang beriman disisi Allah” katanya kepada Suara.TV semalam.

Selain daripada itu, beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh kaum keluarga mangsa nahas agar banyakkan bersabar atas kemalangan ini.

“(Kepada) semua ahli keluarga (nahas pesawat) bersabarlah (atas) ujian Allah (tambahan pula) di bulan Ramadhan yang mulia ini.

“Sebagai manusia kita tidak pernah lari daripada mati” ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengenai ‘ritual’ terbaru yang mungkin akan diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seperti yang dilakukan sebelum ini, Ibrahim menjelaskan pihaknya tidak akan mengadakan sebarang upacara.

“Hasil usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri (sebelum ini), pihak pemisah Ukraine telah bersetuju menyerahkan semua jenazah dan kotak hitam kepada kerajaan Malaysia.

“Alhamdulillah doa kami telah dimakbulkan oleh Allah swt, bermula dari hari Jumaat yang lalu saya dan semua pengikut telah mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin bagi memohon agar perkara ini dapat dipermudahkan.

Pengamal perubatan traditional itu sebelum ini telah mengemparkan negara apabila melakukan ‘ritual’ bagi membantu mengesan misteri kehilangan pesawat MH370.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.