Status Kotak Hitam MH17 ‘Timbalan Ketua Cabang PKR’ Jadi Bahan Lawak

SHAH ALAM: Status Facebook seorang pemuda yang mendakwa dirinya Timbalan Ketua Cabang PKR, Asrul Samad berkenaan kotak hitam MH17, menjadi bahan jenaka pelayar internet.
 
Asrul tanpa kaji selidik menaikkan status mengutuk pasukan penyiasat Malaysia sebagai ‘bahalol’ kerana dengan mudah ditipu puak pemisah Ukraine yang menyerahkan kotak hitam MH17 berwarna jingga dan bukannnya hitam.
 
kotak hitam asrul
Kedangkalan Asrul itu dikritik pelayar internet selain menjadi viral di Facebook dan juga blog.
 
asrul 1
 
asrul 2asrul 3asrul 4

Asrul dipercayai memuatnaik status itu untuk mengulas perkembangan penemuan dua kotak hitam milik MH17 yang ditembak jatuh  ketika melalui ruang udara Ukraine, kira-kira 50 kilometer daripada sempadan Rusia.
 
Kotak hitam itu dijumpai puak pemisah pro-Rusia dan selamat diserahkan kepada pasukan penyiasat dari Malaysia.
 
Kotak hitam itu diserahkan sendiri Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai.
 
Satu daripada kotak tersebut merekodkan semua perbualan di kokpit manakala satu lagi menyimpan data penerbangan.
 
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlbppoZg==
 
 

4 thoughts on “Status Kotak Hitam MH17 ‘Timbalan Ketua Cabang PKR’ Jadi Bahan Lawak

  • July 25, 2014 at 1:57 am
    Permalink

    Wakaka lawak gila punya la bodoh mamat ni. Macam ni ke mentaliti puak PR kesian siot wakakaka

    Reply
    • July 25, 2014 at 9:24 am
      Permalink

      Xla…dia sorg je…

      Tp mmg tetap malu ngn pemimpin cmni…

      Reply
  • July 25, 2014 at 11:53 am
    Permalink

    apakebendanyer yang ko merepek ni…x habis2 nak nyongsangkan org lain..carilah kerja yg x menyusahkan org
    inilah akibatnyer kalo dah terlebih pandai..huhu nak jadi pemimpin konon..

    Reply
  • July 26, 2014 at 12:38 am
    Permalink

    kalau nak komen mesti ada ilmu jangan nak komen aje kan dah kena bodoh bahlul tak pasal-pasal aje.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.